PENGENALAN
I Inspiration Centre (IIC) merupakan sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menurut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Fokus I Inspiration Centre ialah sebagai pusat dalam menyediakan khidmat latihan, perundingan dan penganjuran majlis, menjual dan memasarkan produk-produk cenderahati dan kraf tangan.
Program-program yang dilaksanakan oleh IIC meliputi program jangka panjang dan jangka pendek bertujuan membantu organisasi dalam memperbaiki produktiviti dan perkhidmatan.
HALA TUJU SYARIKAT
VISI
One Stop Centre for Halal Product and Services
MISI
I Inspiration Centre (IIC) menjalankan aktiviti berdasarkan misi berikut:
- Menyediakan program latihan, perundingan dan penganjuran majlis yang mampu memberikan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran bagi pembangunan modal insan.
- Melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dan mampu bersaing dengan cara yang sihat demi mengembangkan perniagaan yang berteraskan Islam.
- Membantu usahawan IKS dalam memasarkan produk-produk berasaskan kraf tangan bagi meningkatkan taraf ekonomi golongan berpendapatan sederhana.
- Pusat sehenti dalam memasarkan pelbagai produk dan perkhidmatan halal.
- Memberi galakan dan motivasi kepada golongan muda untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
OBJEKTIF
Merancang dan mengendalikan kursus, seminar, penganjuran majlis dan membekalkan produk-produk halalan toyyiban (halal dan berkualiti) demi memberikan kepuasan kepada setiap pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan IIC.